Aktiviti Terkini

-

Wednesday, May 7, 2008

Keselamatan Di Tempat Kerja.

* Artikel ini ditulis oleh sebab ‘janji’ saya kepada moderator untuk menyumbang penulisan dalam blog ini. Pada mulanya kami ingin menulis mengenai kenangan di MUC. Namun saya teringat pesan guru saya agar orang muda harus kaya dengan impian. Justeru hambatan rasa bersalah atas hutang kepada moderator maka saya kongsikan artikel berdasarkan latarbelakang pendidikan dan kerjaya saya untuk dikongsikan buat teman-teman. Mudah-mudahan ia ini menjadi permulaan buat teman-teman untuk turut menyumbang berdasarkan keahlian masing-masing supaya blog kita ini bisa menjadi rujukan.

Pada setiap 1 Mei, semua pekerja (termasuk yang tidak bekerja) meraikan sambutan hari buruh dengan bercuti, samada bersama keluarga, lepak di warong juara soto mahupun tidur sepanjang hari. Namun kita harus tahu akan fakta bahawa sepanjang 2007 kira-kira 40 000 kes kemalangan membabitkan pekerja di tempat kerja. (tidak termasuk kemalangan pergi / pulang tempat kerja yang dilindungi oleh SOCSO). Angka ini pula diangarkan hanyalah mewakili 40% kerana kecenderungan majikan untuk merahsiakan daripada pihak berkuasa. Kepada kita mungkin ia tiada makna kerana ia tidak berlaku kepada kita. Adakah kita mempunyai sistem yang memadai menangani risiko di tempat kerja? Apakah hak-hak anda selagu majikan mahupun pekerja?

Sebagai manusia, kita banyak berubah apabila sesuatu telah terjadi. Perkembangan perundangan keselamatan dan kesihataan pekerjaan ini bermula awal. Al Kindi di zaman Abbasiyyah misalnya telah mengajurkan supaya makmal kimia dibina berjauhan daripada kawasan perumahan. Kemalangan dan kejadian langsung yang mendesak sehingga lahirkan peruntukan perundangan sebegini adalah Flixborough, England (1974), Bhopal, India (1984), Chenobyl, Russia (1986) dan Piper Alpha (1988) (selain kejadian di Jepun yang saya lupa butirannya). Sejak itu masyarakat dunia membuka mata akan persekitaran kerja terhadap manusia dan alam sekitar.

Di Malaysia kita ketinggalan lebih 20 tahun dalam hal ini. Itupun selepas kejadian kebakaran kilang mercun di Sg. Buloh pada 1992 barulah kerajaan serius melihat peruntukan sebegini. Antara peruntukan penting yang kita boleh rujuk kini adalah Akta Kilang dan Jentera 1967 dan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Adakah kita terbabit? Semua pihak terangkum dalam peruntukan ini kecuali Tentera dan Kapal Saudagar (ordinan perkapalan) itupun sekiranya kapal tidak memasuki port atau yard. Mereka yang bekerja berseorangan (self employer) juga perlu mematuhi peruntukan ini.

Kenapa kita tidak mengetahui semua ini? Pada hemat saya adalah kerana kecenderungan pihak majikan untuk ‘merahsiakan’ hak pekerja selain sikap masyarakat Malaysia yang sangat kurang membaca apatah lagi untuk mengetahui hak-hak mereka. Ini belum menyentuh peruntukan Akta Kerja 1955 yang menjadi asas dokumen kontrak antara pekerja dan majikan, saya rasa majoriti dikalangan kita mengikat kontak secara buta dengan majikan masing-masing.

InsyaAllah sekiranya mendapat sambutan (taknakla syok sendiri), saya akan titipkan pula hak-hak pekerja dan perkara-perkara lain berkaitan peruntukan ini. Sebelum saya tutup bicara, saya ingin membuat kuiz, jawab betul insyaAllah belanja makan program alumnai. Soalannya; Apakah yang menyebabkan (punca utama) kematian pekerja di Kilang Mercun Sg. Buloh pada 1994? Wa ilal li qa’, Maa salamah..



Zainudin Zakaria

10 comments:

muhamad qalif said...

Sape kate 1 mei semua cuti, aku kene keje..

ahha08 said...

hahahaha.. padan muka.. ko qalif...

melnikov said...

jwpn utk kuiz adalah api mercun tersebut..klu xder api x nama kebakaran..

anarqiyELLow said...

qalif.. ko xpyhkan 1 mei.. ari raya pon ko keje..

muhamad qalif said...

Aku suke keje..

Anonymous said...

ermm..nampak tajuk je dah dapat agak dah sape yg tulis..hehehe well, good job..aku bukan nak jwb soklan ko tue..tp aku just nak kasi sikit pendapat..may be tak bernas pun sbb otak aku dah lame cuti untuk pkir masalah2 serius..hahaha. bagi aku yg lbih pentng ialah safety..means elok le beringat2 dulu sblm terkena.. kebykan kilang2 @ tempat kerja menitik beratkan soal ISO walaupun ade lecturer aku kate ISO ni le tak berape bagus just utk m'dptkan pengiktirafan tp boleh le dijadikan guideline. contohnye dlm sebuah lab@tmpt kerja mesti ade signboard keselamatan, alat keselamatan, peti keselamatan dan so on. then kebyakan nye mula mengikut langkah jepun yg mperkenalkan 5S. antara company yg melaksanakan konsep ni antaranya ialah toyota, nisan dan honda. ada juga universiti2 di malaysia menggunakan konsep ini..n yg aku tau UTHM.. tp klu nak tau lbh lanjut kene tnye kat zai, sbb aku tau sikit2 aje, stakat untuk lulus subjek keselamatan n kejuteraan, dan pembangunan n kepimpinan. huhuuhu.. panjang le plak aku tulis.. klu ade maklumat tak tepat, tlg betulkan erk..

Permata MUC said...

terima kasih zai sbb artikel ni..

yg lain - lain ni mana artikel? taknak sumbang ke?

Anonymous said...

Jawapan kpn soalan En.Zainuddin...

Hasil siasatan mengesahkan kebakaran berpunca daripada bahagian makmal yang menjalankan kerja-kerja menguji mercun yang siap untuk dipasarkan.

Ia juga berpunca daripada kelalaian pihak kilang yang menjalankan ujian bunga api di luar tempat khas sehingga terkena longgokan simpanan mercun dan bunga api yang terletak berhampiran seterusnya letupan semakin merebak.

Keadaan semakin sukar dikawal ketika kebakaran berlaku kerana tiada usaha awal memadamkan api dan juga peralatan pencegahan kebakaran tidak disediakan secukupnya di kilang itu (klu ada insurance, claim diorg knpem kne reject nih !)

Aku terbaca dlm satu forum tp xingat forum apa...Klu salah, tlg betulkn ye...

Aku yg t'baca tp xtau kt mana... :-P
SYIEDA'Z

Muhamad Qalif said...

Punca kebakaran tersebut.. diorg main api..

排骨酥May said...

徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,錄音,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社