Aktiviti Terkini

-

Monday, October 26, 2009

Rombongan ke PEKAN Ahad ini

Sesiapa yang berminat untuk menyertai rombongan ke Kenduri Zamil Ashraf di Pekan, Pahang pada Ahad ini bolehlah menghubungi Qalif Latif.

Rombongan akan bertolak pada Ahad (1 November 2009) jam 8.30 pagi. Sila berkumpul di Petronas Taman Melati selewat - lewatnya jam 7.30 pagi.

Sebanyak 2 buah kereta sudah bersedia untuk meyertai rombongan ini. Masih ada kekosongan.

Friday, October 16, 2009

PERMATA MUC di Facebook


PERMATA MUC telah maju selangkah lagi dengan mewujudkan satu lagi cabang untuk mengeratkan silaturrahim sesama kita. Kewujudan Group PERMATA MUC di FACEBOOK adalah satu lagi kaedah untuk kita terus mendapat perkembangan mengenai aktiviti teman - teman PERMATA MUC selain dari blog ini.

Anda adalah amat dialu - alukan untuk menyertai Group PERMATA MUC di FACEBOOK. Mudah, masuk kan PERMATA MUC di "search box" dan dan "join this group". Group ini hanya dibuka kepada warga PERMATA MUC sahaja dan moderator akan meluluskan penyertaan hanya untuk warga PERMATA MUC.

Tuesday, October 13, 2009

Zamil Ashraf Ke Jinjang Pelamin


Klik Gambar Utk Besarkan





Jemputan Majlis Perkahwinan antara
Zamil Ashraf Abd Manan dan Faridah Binti Said

pada

Ahad - 1 November 2009

C23, Kampong Acheh, 26640, Pekan. Pahang Darul Makmur.

Sunday, October 4, 2009

KEBIADAPAN JAG DAN SIS


LAPORAN AKHBAR ISU JAG & SIS
Disalin dari YDP ABIM Perak

IPOH, 3 Okt: Beberapa pertubuhan Islam bukan kerajaan di negeri ini menuntut Sisters In Islam dan pertubuhan lain yang mahu hukuman syariah dihapuskan, disiasat kerana menghasut.

Ketua Penyelaras Persatuan Peguam Syarie Malaysia Negeri Perak, En.Adham Jamallulail Ibrahim, yang juga antara peguam yang dilantik oleh Kartika Sari Dewi binti Haji Shukarno, menuntut Sisters in Islam dan pertubuhan terbabit disiasat kerana menghasut melalui tuntutan mereka dalam memorandum yang diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak. "Tindakan Sisters in Islam dan pertubuhan-pertubuhan terbabit sangat biadap kerana tindakan tersebut menghasut dan mencabar kuasa raja-raja Melayu kerana syariah ialah bidang kuasa raja-raja," katanya selepas membuat satu laporan polis terhadap kumpulan terbabit di balai polis di sini.

"Sisters in Islam sudah bersikap biadap dan melampau kepada umat Islam dan hukum syariah yang telah ditetapkan. Tindakan mereka juga adalah satu usaha menghina dan memperkecil-kecilkan undang-undang syariah yang sedia ada," katanya lagi.

Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Cawangan Perak, Tuan Haji Suhaimi bin Latip menegaskan semua pihak yang terlibat menarik balik kenyataan mereka dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam di negara ini."Merujuk kepada Enakmen Pentadbiran Ugama dan Adat Resam Negeri Pahang 1982 (Pindaan 1987) adalah di bawah kuasa Mahkamah Syariah yang diperkenankan Sultan Pahang. Menghina undang-undang syariah adalah bererti menghina Sultan Pahang.Menurutnya, kumpulan terbabit "hanya peka terhadap hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah syariah, kononnya hukuman itu kejam, menjatuhkan maruah serta bercanggah dengan hak asasi manusia yang kononnya mereka perjuangkan, sedang mereka tidak bersuara apa lagi menentang hukuman sebat yang dijatuhkan oleh mahkamah sivil ke atas pesalah dalam pelbagai kes jenayah dalam negara kita"Kita juga menuntut penganut agama lain tidak mencampuri dan mempertikaikan urusan agama Islam," katanya kepada pemberita di Ipoh.

Sisters and Islam dan kumpulan lain yang membentuk Jawatankuasa Tindakan Bersama bagi Kesamarataan Gender (JAG), dalam memorandum bertajuk Keadilan untuk Kartika kepada perdana menteri pada 25 Ogos lalu menggesa kerajaan menilai semula hukuman sebat yang didakwa mencabul prinsip hak asasi manusia antarabangsa.

Kumpulan itu menegaskan, keputusan mahkamah menjatuhi hukuman rotan ke atas Kartika "menjejaskan reputasi Malaysia sebagai sebuah negara Islam moderat." Menurut memorandum itu lagi, hukuman itu menyebarkan lagi kepercayaan bahawa Islam ialah agama yang mendiskriminasi wanita.

Kumpulan itu juga membuat satu kenyataan bersama 30 September lalu mempersoalkan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno yang mengaku bersalah meminum arak.
JAG yang ditubuhkan di tengah-tengah kekecohan berhubung isu sebat Kartika disertai Sisters in Islam, Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower), Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Persatuan Tindakan Wanita (Awam), Pusat Wanita bagi Perubahan, Pulau Pinang (WCC), Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam).

Dalam kenyataan bertarikh 30 September itu, JAG menuntut supaya "kerajaan persekutuan dan negeri menjalankan semakan menyeluruh ke atas semua undang-undang berhubung kesalahan-kesalahan jenayah syariah" dan mempertimbangkan untuk membatalkan undang-undang tersebut.

JAG juga mendakwa hukuman sebat berdasarkan undang-undang syariah sebagai kejam, tidak berperikemanusiaan dan menjatuhkan maruah.

Kenyataan itu juga turut mengaitkan hukuman sebat Kartika itu dengan amalan pembakaran balu dalam agama Hindu.

Timbalan Yang Dipertua Jemaah Islah Malaysia (JIM) Cawangan Perak, En Megat tindakan JAG dan SIS didakwa melampau, berniat jahat terhadap undang-undang syariah dan biadab. Beliau menyifatkan pihak yang terlibat itu sebagai bersikap selektif dalam kritikan mereka berkaitan hak asasi manusia. Untuk penjelasan yang jelas, kami Pertubuhan Islam di Perak tidak keberatan untuk mengadakan program yang lebih sihat dan terbuka kepada semua kaum seperti berdebat atau forum secara ilmiah mengenai isu hukum syariah di Negara Malaysia.

Sebanyak 10 pertubuhan Islam berkenaan ialah Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Negeri Perak, Angkatan Belia Islam Malaysia Perak (ABIM), Jemaah Islah Malaysia Negeri Perak (JIM), Wadah Pencerdasan Ummah Negerai Perak (WADAH), Malaysia Chinese Muslim Association negeri PERAK (MACMA), Kesatuan Pelajar Islam Perak (KPIP),Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Perak (PUM) Pertubuhan Informasi Islam Negeri Perak, HELWA ABIM Perak dan AJK Masjid Aulia.

Fairuz : Selangkah Ke Alam Baru

Sekitar Majlis Pertunangan Muhammad Fairuz di Kg Dato' Abdul Rahman Yassin, Kluang.

Foto disalin dari Koleksi Foto Facebook Muhammad Fairuz